Assalamualaikum.blog ni hanya blog peribadi aku jadi apa yang aku rasa nak tulis, aku akan luahkan kat sini

Thursday, 18 June 2015

1 Ramadan 1436

 27 feb 2015 satu tarikh yang aku tak lupa, hari yang indah bagi aku,, pada malam ini semuanya berubah aku , ya allah indah sungguh pada mase itu, selama dua hari bersama dia. aku keluar jalan²  ke jb dengan dia, aku belikan dia tudung untuk dia, lepas tu singgah ke gedung. dia nak cuci rambut, pada mase itu aku dapat text provok dari ex dia, jujur aku memang tak suka cara ex dia layan dia mcm tu, bagi aku cara tu memang tak betul, ugut, burukan orang, ntah lah. pada blah petang kita orang pergi ke pesta layang² dipasir gudang dan kesoknya aku hantar dia balik ke jb. dua hari bagaikan mimpi  bagi aku.



  20 march 2015 sekali lagi aku dapat bersama dia, kita orang rancang untuk pergi majlis kawin sahabat kita orang, tapi hakikatnya aku mahu jumpa dia, satu malam aku tak dapat tido sebab pikir hari itu, aku sampai awal dilakin, dia amik aku dilakin. kite orang amik mama dengan bak bawak pergi makan dan pergi pengerang, mama kata itu tempat yang bak suka sangat pergi, mukin bak ada kenangan ditempat tu, baliknya dari situ  terus pergi kota, untuk tengok barang tunang, sampai jer dikota, tayar kereta kurang angin dan kita orang balik, walau aku tak tido tapi masa aku bersama dia, aku  tak rasa langsung ngatok, kesokkan harinya aku dan dia pergi ke pandan, untuk cari baju kemeja aku, sampai disana hari hujan lebat, baju yang dicari pun tak ada size aku, jadi rancang untuk pergi ke giant platong, dia sakit kepala dan tido, aku yang tak tahu jalan sesat, bila dia sedar dia mintak maaf kat aku,akhirnya baju dapat di kota. ke esokkan hari kita orang pergi majlis. ramai chatter² hanya aku hanya kenal didalam room, aku dapat jumpe, balik dari kenduri, kite orang makan pizza dan tengok wayang, kesokan paginya kami pergi serapan pagi naik motor, itulah kali pertama aku bawak dia naik moto, aku memang teringin sangat nak naik moto bersama dia, selepas jer serapan, bak ajak kami tengok kebun, sebelah petang kami keluar makan di teluk sengat,malamnya kami pergi rumah ayah angkat dia untuk mintak nasihat pasal tunang, aku memang gementar mase tu, atas nasihat dari ayah angkat dia, aku mula terpikir balik untuk buat bulan 8 dari bulan 12 majlis tunang, dan malam itu jugak kami pergi ke rumah anak angkat mama yang mati kene tembak, kami sampai orang dah ramai, aku tak masuk dalam  rumah, aku tunggu dia kat luar rumah, masih aku ingat lagi muka dia yang aku nampak lain sangat mase dia keluar dari rumah dan datang dekat aku, tapi aku diam, balik dari situ dia takut nak tido dan suruh aku temankan dia tido,aku temankan kejap sampai aku ttido, esoknya dia antar aku ke lakin, pagi tu dia memang tak sihat kepala dia mabok tapi dia tetap temankan aku sampai aku naik bas...

7 april 2015 yang tarikh dimana dia jejak kaki lagi ke rumah ibu aku,aku penah terpikir yang dia tak akan datang lagi tapi tarikh itu sekali lagi dia datang. dia datang dengan bawak cawan tunang pihak lelaki yang dia buat, sampai jer dia, aku suruh dia tido, aku tahu yang dia tak cukup tido, tapi disebabkan dah nak maghrib dia tak nak, selepas jer makan kami keluar tengok wayang di segamat habis tengok wayang, kesokan harinya, aku ikot dorg balik ke singpore. kite orang singgah ke air hitam, pada mulanya aku ingat hanya mahu tengok barang untuk tunang, aku tak tahu yang dia mahu beli terus, lama jugak aku dekat sana. lepas selesai beli barng untuk tunang kite orang terus gerak ke lakin, oleh sebab awal lagi dia ajak pergi ke jekel untuk tengok kain, sesudah tu kite org terus ke lakin, dan makan piza, selesai jer semua tu. kite org nak pergi rumah dia naik teksi. aku masih lagi last aku pergi sana, mase aku nak pujuk dia, aku penah terpikir yang aku tak jejak lagi ke sana tapi pada malam itu, aku jejak lagi, samapi jer dirumah, dorg terus buat gubahan yang dibeli,dia masuk awal mukin terlalu penat dan mama siap smuanya, tiga hari aku dekat sana, aku balik sekali dengan mama dan bak, sampai jer dekat lakin, mama kasi aku duit tambang, aku memang tak ada duit masa tu,  gaji aku belum masuk....

20 april 2015 sepatutnya aku nak datang 19 haribulan, tapi aku batalkan, atas sebab aku takut tak cukup duit untuk beli cincin tunang, aku pikir nak datang hujung bulan lima, boleh aku kumpul duit lagi, petang 19 haribulan tu, mama text aku tanya jadi tak datang, aku tak bagitau sebab aku, mama kate yang dia cakap aku tak serius, aku memang serius sangat dengan perkara ni, mukin aku tak pandai nak tunjuk yang aku betul² serius, aku jadi risau masa tu, petang tu, aku call member aku yang aku nak jual helmet dengan jaket moto aku, aku sayang benda tu, tapi bila pikirkan balik aku dah tak guna lagi, baik aku jual, boleh aku buat duit tambah aku kat sana nanti, aku naik bas dalam pukul 9 pagi sampai sana dalam pukul satu petang, agak lama jugak aku tunggu dia, dalam pukul lima dia sampai, kita orang pergi makan kfc dekat komtar sebelum cari cincin, masa cari cincin tu, banyak kedai aku masuk, banyak cincin yang lawa² tapi harga cincin tu diluar kemampuan aku, aku nak dia gembira dengan cincin yang dia pilih tapi aku memang tak nak beli, akhir sekali, kite orang beli cincin kat kedai mula² kita orang tengok.walau pun harga dia tak mahal aku harap dia suka, sekali lagi aku balik ke rumah dia malam tu, esoknya dia keje malam, aku penah cakap kat dia yang aku nak makan sup tulang merah, petang tu, kita orang keluar pergi makan, selesai jer makan dia nak cari tudung untuk wedding kawan dia, mase dia dengan mama dalam kedai tudung tu, aku keluar duduk dengan bak, baru jer aku nak isap rokok dia keluar, aku rasa itu kot kali pertama dia nampk aku dengan jelas aku isap rokok, aku tak kisah kalau dia tahu aku isap rokok, cuma aku tak isap rokok depan dia, sebolehnya aku akan cuba elakan dari dia,esoknya tekak aku sakit, susah nak telan, masa makan aku amik sikit jer nasi, dia marahkan aku, bukan aku tak nak makan, tekak sakit masa tu, dia selesai dulu makan, siap jer makan dia masuk bilik dan tutup pintu agak kuat, mama cakap dia ngah merajuk, aku senyap jer, siap jer makan, aku kemas sikit² dan aku duduk luar rumah, aku rasa dia macam tak gembira aku ada dekat sana, dia banyak habiskan masa dia dekat bilik dengan lappy dia.dia memang lain dengan sebelum ni, itu apa yang aku rasa, mukin dia penat keje, aku banyak duduk luar, borak² dengan bak, mama kerap jugak ajak keluar pergi kedai, mukin mama takut aku bosan dekat rumah, sebenarnya aku tak kisah pun, cuma aku terpikir layanan dia kat aku macam lain, memang aku rasa sangat, malah dia pakai baju kapel dengan ex depan aku, aku kenal sangat baju tu, apa yang mampu, aku senyap..hari nak balik, aku kasi dia powerbank yang aku dah guna, turun jer dari tangga flat , aku toleh untuk tengok dia, dia dah masuk rumah, mukin itu terakhir aku tengok dia.


Empat pertemuan tu yang terindah dalam tahun ni, aku nak sangat bertemu dengan dia sekerap yang boleh, mukin setakat itu jer, dia pun dah buat kerputusan dia, aku masih ingat lagi 8/5/15 dia text aku kata semua orang kene dengar kerputusan dia, masa tu aku harap sangat apa yang akan dikata berpihak kat aku tapi sebaliknya. aku terdiam masa itu, tak tahu aku nak kata apa. lagi selangkah untuk capai impian aku, malam tu hilang semuanya, jujur aku tak berdendam dekat dia, walau pun keputusan dia betul² buat aku amat terasa, aku nak dia buat terbaik untuk diri dia, memang jelas aku menang tak dapat bersaing dengan kawan² dia yang lain. aku nampak semua tu, hari ni satu ramadan genap setahun, puasa pertama tahun lepas, aku berbuka puasa sama dia dilakin, biarlah semua sudah berlalu, mukin aku hidup dengan kenangan, satu hari nanti aku pasti akan lupakan semua ni :)

No comments:

Post a Comment