Assalamualaikum.blog ni hanya blog peribadi aku jadi apa yang aku rasa nak tulis, aku akan luahkan kat sini

Wednesday, 27 May 2015

27 MAY 2015

Ya Allah

Mulai hari ini, aku pasrah & aku serahkan segalanya kepadaMu. Engkau yang menentukan segalanya, Engkau yang lebih mengetahui masa depanku. Jangan lagi biarkan aku membuang masa dalam memikirkan hal-hal yang remeh ini Ya Allah..

Sesungguhnya diriku sangat teruji dengan cabaran seperti ini. Aku tak ingin & tak mahu laluinya lagi Ya Allah. Justeru wahai Yang Maha Mengetahui,
Engkau tunjukkanlah jalan penyelesaian yang mudah bagiku untuk lalui, jalan yang sememangnya ke arah yang Engkau redhai, jalan yang sememangnya memberi kebahagiaan dalam kehidupanku dan orang-orang sekelilingku yang aku sayangi.

No comments:

Post a Comment